Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
Minggu Pusat Sumber Sekolah
Pusat Sumber SMK Raja Muda Musa Kuala Kangsar menganjurkan Minggu PSS bermula 15 Julai hingga 19 Julai 2013. Pelbagai aktiviti menarik untuk semua murid disediakan. Objektifnya adalah supaya murid-murid dapat:
- Menambah minat untuk mendekati PSS sekolah
- Berpeluang melahirkan bakat mereka
- Menjadikan PSS sebagai gedung ilmu
- Menggalakkan sikap membaca
- Menambahkan pengetahuan mereka
Semua murid digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan dan boleh berjumpa dengan guru berkenaan untuk maklumat pertandingan dan program.
Karnival 1BestariNet VLE 2013
KPM dengan kerjasama YTLC sedang melaksanakan karnival 1BestariNet VLE seluruh negara. Karnival ini merupakan salah satu alternatif KPM untuk menambahbaik serta memastikan kelancaran dalam pelaksanaan VLE di sekolah seluruh negara. Melalui program ini juga peserta dapat berkongsi pengalaman dalam menjayakan VLE di sekolah.
Sehubungan itu, semua warga pendidik, pelajar dan ibubapa di sekitar daerah Kuala Kangsar dan seluruh negeri Perak dijemput untuk bersama-sama menjayakan karnival tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
TEMPAT: AEA4082 SMK BUKIT MERCHU, KUALA KANGSAR
TARIKH: 6 JULAI 2013 (06/07/2013)
MASA: 9.00 PAGI HINGGA 2 PETANG