Thursday, 28 May 2015



Pengenalan


Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa atau nama ringkasnya SMK RMM, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jln Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar.
Kedudukannya hanya 2 km dari pekan Kuala Kangsar dan merupakan sebuah sekolah Gred B.


Pada 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa memiliki 408 pelajar lelaki dan 483 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 891 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.


Visi & Misi


VISI SEKOLAH
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI SEKOLAH
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
MATLAMAT SEKOLAH
1. MELAHIRKAN BANGSA MALAYSIA YANG TAAT SETIA DAN BERSEPADU.
2. MELAHIRKAN INSAN YANG BERIMAN, BERAKHLAK MULIA, BERILMU, BERKETERAMPILAN DAN SEJAHTERA.
3. MENYEDIAKAN SUMBER TENAGA MANUSIA UNTUK KEPERLUAN NEGARA.
4. MEMBERI PELUANG-PELUANG PENDIDIKAN KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA.

Falsafah Sekolah



 PENDIDIKAN DI SMK RAJA MUDA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MEMBERI ILMU PENGETAHUAN YANG DAPAT MEMBENTUK KEPERIBADIAN DAN PERWATAKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI.
USAHA INI DAPAT MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI YANG BERTANGGUNGJAWAB, BERKETERAMPILAN DAN BERSATU PADU YANG BERLANDASKAN KEPADA KEPERCAYAAN DAN LUNAS-LUNAS AGAMA.

Lagu Sekolah



Disinilah bermula, Perjuangan semua
Buktikan taat setia, Mengejar cita mulia
Berdisiplin berilmu,  Ilmu panduan hidup
Nilai murni dijaga, Berakhlak mulia
Mari semua bersama, Bangun RMM kita
Kekal semangat waja, Bersatu apa saja

Sejarah Sekolah


Penubuhan sekolah ini bermula dengan Sekolah Menengah Lanjutan Lelaki dan Sekolah Menengah Lanjutan Perempuan pada 2hb April 1964 secara berasingan. Pelajar-pelajar lelaki ditempatkan di bangunan menumpang sementara di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar perempuan pula ditempatkan di cawangan Government English Girls School (Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar-sekarang) yang bertempat di Kampung Basung, Kuala Kangsar.
Kedua-dua sekolah ini bermula dengan sesi petang antara pukul 1.30 petang hingga 5.30 petang. Aliran pada ketika itu adalah aliran Melayu dan Aliran Inggeris. Kebanyakan pelajar-pelajar yang datang dari Sekolah Melayu dan selebihnya dari sekolah-sekolah Inggeris, Cina dan Tamil. Oleh kerana keadaan bilangan pelajarnya semakin bertambah maka pada Februari 1964 Sekolah Menengah Lanjutan Lelaki dan Sekolah Menengah Lanjutan Perempuan telah dicantumkan.


 Pada 15 Mei 1964 bangunan yang ada sekarang ini telah siap (kecuali bangunan blok 2 tingkat dan bangunan blok 3 tingkat) dan mula digunakan dengan sesi pagi sahaja. Sekolah ini kemudiannya dengan persetujuan dari YTM Raja Muda Musa yang ketika itu menjadi Raja Muda Perak telah berkenan untuk menggunakan nama Baginda sebagai nama sekolah ini iaitu Sekolah Menengah Raja Muda Musa, Kuala Kangsar. Sebagaimana juga bandar, sekolah ini mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti bangunan kelas, makmal sains, bengkel seni perusahaan, bengkel pendidikan seni, bilik Ekonomi Rumahtangga, bilik jahitan, perpustakaan serta bilik tayang, makmal komputer dan sebagainya.

Lencana Sekolah



PENERANGAN LOGO
WARNA MERAH: MELAMBANGKAN KEGIGIHAN, KEBERANIAN DAN KECEMERLANGAN
WARNA BIRU: MELAMBANGKAN PERPADUAN, PERMUAFAKATAN,DAN KEKITAAN
WARNA KUNING: MELAMBANGKAN PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

No comments :

Post a Comment